Thursday, December 6, 2007

Niyyah

innamal 'a'malu binniat...

Wednesday, November 7, 2007

Kullu nafsin dzaaiqatul maut...

Sesungguhnya kematian itu adalah benar.....

Saturday, August 11, 2007

Sedarlah Insan




....kau menyedarkanku.... hamba yg. berdosa akan dihukumi... hamba yg. mulia akan dirahmati....

Wednesday, July 25, 2007

Wednesday, July 18, 2007

laptop


New Laptop

NEW LAPTOP !!!

QUICK SERVICE !!! WORTH BUYING !!!



Acer centrino dual core
120G HD
186Gghertz,
512mhertz, DDR2,
DVD writer supermultiplayer
14.1" crystalbrite white screen
integrated graphic card, 128 MB (upgrade to 224MB)
built in webcam
weight 2Kg
wifi / wireless
802.11 ABNG wireless lan
5 in 1 built in card reader
printer 3 in 1 (scanner, copier, printer)

FREE

original mouse
USB hub
notebook lock
headset
mini speaker
windows ori
external Bluetooth
graphic card

RM 3400 (complete set)

OR ANY SPEC OR BRAND REQUIRED ! PLZ DON'T HESITATE TO CONTACT :

MILA - 0136109419

Menafaat Habbatussauda'

Tahukah anda kelebihan herba habbatus sauda?Terdapat sebanyak 14 hadis sahih yang menceritakan kehebatan dan kelebihan Habbah Sauda antaranya adalah:-
Dari kitab As Shahihain dari Abu Salamah RA dari Abu Hurairah RA bahawa Rasulullah SAW bersabda: “gunakan Habbah Sauda kerana di dalamnya terdapat ubat dari segala macam jenis penyakit kecuali As sam (maut)” HR Bukhari.
“Sesungguhnya, Habbatussauda dapat menyembuhkan segala macam penyakit, kecuali As-sam. “Saya bertanya: “Apakah as-sam itu ?” Baginda menjawab: ‘As-sam iaitu maut !” ( Riwayat Bukhari )“Daripada Abu Hurairah r.a berkata, Rasullah S.A.W telah bersabda : ‘Pada Habbah Sauda terdapat ubat bagi segala penyakit, kecuali as-sam.”

Wednesday, July 4, 2007

Kepentingan Ilmu

Di dalam kitab minhajul a'bidin karangan imam al ghazali dinyatakandengan terperinci tentang kelebihan atau kepentingan ilmu.Ini kerana ilmu adalah kunci kepada amal.Ilmu dan amal diibaratkansebagai 2 permata yang berharga tetapi ilmu lebih mahal dari permataamal.Amal tanpa ilmu merupakan amalan yang sia sia, tidak akan diterimakerana belum tentu amalan itu menepati sunnah nabi s.a.w.Ilmumerupakan penerang jalan hidup di dunia agar kita tidak sesat.Orangyang tidak berilmu umpama seorang pencari kayu api di tengah malamtanpa cahaya,kekadang ualar pun di sangka kayu api.amatlah bahayakehidupan tanpa ilmu.Wahyu pertama yang diturunkan juga memperlihatkan kepada kitatentang pentingnya ilmu.Dan semestinya ilmu itu haruslah dapatmendekatkan diri kita kepada Allah.Ini kerana,Firman Allah Taalayang bermaksud ""hanyasanya orang yang takut kepada Allah adalah dari golonganulama'(org alim)"Jika ilmu di ibaratkan sebagai pokok,maka amal diibaratkan sebagaibuah.daripada ilmu terbit amal.Bak kata pepatah arab,ilmu tanpaamal,umpama pokok yang tidak berbuah.Pernah ditanya kepada nabi s.a.w tentang amalan yang paling disukaioleh Allah Taala,jawab baginda "amal yang sedikit tetapi berterusan"Ini memberi makna bahawa tidak guna berilmu banyak tanpa penghayatandan amalan.Allah menegaskan dalam firmannya yang bermaksud"Wahai orang2 yang beriman,janganlah kamu perkatakan sesuatu yangkamu tidak lakukan".Oleh itu marilah kita semua berusaha untuk menjadikan ilmu tidakmemudaratkan amal dan amal tidak memudaratkan ilmu.


ADAB-ADAB MENUNTUT ILMU

Islam amat menitikberatkan keperluan menuntut ilmu.Ini dapat dilihat seperti mana yang telah disabdakan oleh nabi S.A.W dalam hadis,mafhumnya “ menuntut ilmu itu wajib ke atas setiap muslim”. Kepentingan ilmu juga ada dinyatakan Rasulullah didalam hadisnya yang masyhur,mafhumnya “barangsiapa yang berkehendakkan dunia hendaklah dengan ilmu,barangsiapa yang hendakkan akhirat hendaklah dengan ilmu dan barangsiapa yang berkehendakkan kedua-duanya juga hendaklah dengan ilmu.”Allah S.W.T juga mengiktiraf dan mengangkat darjat orang-orang yang berilmu dikalangan para hamba-Nya. Allah berfirman di dalam Al-quran :
يرفع الله الذين آمنوا منكم والذين اوتوالعلم درجات
Maksudnya, “Allah mengangkat orang yang beriman dikalangan kamu dan orang-orang yang berilmu dengan beberapa darjat”
Justeru,dalam jalan untuk menuntut ilmu ini umat Islam perlulah menunjukkan kesungguhan seperti mana generasi umat islam terdahulu yang cukup dikagumi kerana keilmuan mereka.Lihat saja kepada nama-nama seperti Ibn Sina , Al-Khawarizmi dan yang lainnya,teori serta penemuan mereka masih diguna pakai sehingga ke hari ini serta menjadi rujukan yang cukup penting bukan sahaja kepada umat Islam malah juga seluruh umat manusia.
Islam juga amat mementingkan adab-adab dalam menuntut ilmu.Adab-adab ini adalah penting untuk diikuti bagi mendapatkan keredhaan Allah serta keberkatan-Nya ke atas ilmu yang diperolehi. Sebagai panduan Imam Al-Ghazali r.a di dalam kitabnya Bidayatul Hidayah telah menggariskan beberapa adab yang perlu dipraktikkan oleh para penuntut ilmu terhadap gurunya. Antaranya :
Apabila berjumpa dengan gurunya hendaklah ia mendahulukan memberi salam.
Jangan membanyakkan percakapan di hadapan gurunya.
Jangan ia bercakap-cakap sebelum gurunya bertanya kepadanya.
Jangan ia bertanya kepada gurunya sebelum meminta izin berbuat demikian
Jangan ia menyangkal (menunjukkan rasa tak puas hati) terhadap perkataan gurunya.
Jangan ia mengisyaratkan kepada gurunya dengan menyalahi pendapatnya maka ia menyangka bahawa ia lebih mengetahui daripada gurunya.
Jangan ia berbisik dengan rakannya @ menoleh ke kiri dan ke kanan semasa gurunya sedang mengajar.
Jangan ia bertanya kepada gurunya sedangkan gurunya dalam keadaan letih
Apabila gurunya berdiri hendaklah ia berdiri untuk menghormatinya.
Antara adab dalam majlis ilmu pula ialah :
Berwudhu’
Duduk dalam keadaan seperti tahiyyat awal jika mampu (majlis di masjid @ surau)
Duduk rapat-rapat supaya syaitan tidak dapat mencelah. Para sahabat apabila berada dimajlis Rasulullah,mereka duduk rapat-rapat sehinggakan daun-daun yang berguguran tidak jatuh ke tanah bahkan jatuh diatas bahu dan riba mereka.
Jika terlewat menghadiri majlis ilmu di masjid,tidak perlu solat tahiyyatul masjid,cukup sekadar menggantikannya dengan berzikir 3 kali. Dan jangan mengganggu perjalanan majlis seperti bersalaman dengan para pendengar lain
Jika disebut tentang nikmat syurga hendaklah kita berasa gembira dan berdoa supaya ditempatkan bersama-sama penghuni syurga. Jika disebut tentang neraka pula hendaklah kita merasa takut dengan azab Allah yang amat berat itu dan menangislah mengenangkan dosa-dosa yang kita lakukan,kalau tidak boleh pun,cuba paksa.
Jika disebut nama Allah,maka sambutlah dengan Azzawajalla,jika disebut nama Rasulullah,maka berselawatlah ke atas baginda. Jika disebut nama para sahabat sambut dengan Radhiallah ‘anhum,dan jika disebut nama para ulama @ imam-imam yang muktabar sambutlah dengan Rahimahullah alaih.
Begitu lah serba sedikit adab-adab yang telah diajarkan oleh islam kepada penuntut-penuntut ilmu. Semoga ilmu yang kita peroleh itu mendapat keredhaan Allah serta keberkatan-Nya.

innassolata tanha 'anil fahsyaa'i wal munkar

mengapa kita salahkan Tuhan bila terjadi sesuatu musibah ? mengapa kita boleh katakan aku solat pun, Allah masih bg dugaan sebegini... adilkah kata2 atau statement tersebut...